Pengasas Syarikat Apple Steve Jobs Meninggal Dunia (1955-2011)

kenyataan ringkas Apple hari ini mengumumkan Jobs meninggal dunia pada umur 56 tahun. Jobs bergelut dengan penyakit kanser sejak 2004.

Sekiranya anda ingin berkongsi pengalaman atau apa saja APPLE telah menyediakan email khusus iaitu: email rememberingsteve@apple.com

52 Idea Menulis Di Blog Part1.

Apa nak tulis nie!!!!

Kadang kala kita takde idea untuk menulis di blog..topik apa nak tulis sering kali membuatkan kita buntu. Akhirnya blog kita berabuk kerana takde posting baru..

Baru-baru nie saya terbaca sebuah blog yang memberi tip/idea menulis di blog. Idea yang diberikan sebenarnya sentiasa kita guna semasa menulis blog tetapi dia perincikan lagi kepada bahagian-bahagian khusus.

Bagi saya blog yang tidak berorientasikan keuntungan sebenarnya memerlukan ‘sesuatu’ bagi meneruskan jangka hayat blog itu sendiri. Saya bermula mencoret di blog ini sekitar tahun 2007  tetapi saya tidak bermotivasi untuk  berkongsi secara ‘tekal’. Lama kelamaan ia menjadi ‘semangat yang hilang’ ditelan oleh raksaksa ‘malas’, letih, takde idea dan seangkatan dengannya…

Nantikan sambungan post ini…Semoga kalian baca | fikir

 

Permohonan Penempatan Murid Pendidikan Khas ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Tahun 2012

Permohonan Penempatan Murid Pendidikan Khas ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 melalui laman sesawang e-PKHAS dibuka bermula 22 Ogos 2011 sehingga 21 Oktober 2011. Permohonan ini boleh diisi melalui laman ePKHAS [disini]

Berhati-hati memandu dimusim perayaan

Ramadan akan melabuhkan tirainya tidak beberapa hari lagi. Ambo berdoa agar dapat bertemunya semula tahun depan.

Ambo sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf dipinta mensuci hening dosa..Amin

Bagi anak perantau yang ingin pulang ke kampung dengan memandu kenderaan ringan/berat berhati-hati dijalanraya semasa dalam perjalanan nanti yea..

Permohonan Pelajar Khas ke Politeknik Disember 2011

 Bagi Pelajar Berkeperluan Khas yang berminat untuk menyambung pengajian ke Politeknik bolehlah muat turun Borang Permohonan Pelajar Berkeperluan Khas Ke Politeknik Sesi Disember 2011 bermula 3 Ogos 2011 hingga 26 Ogos 2011.

Untuk maklumat lanjut sila ke website Bahagian Pendidikan Khas, KPM

Bonus Untuk Penjawat Awam 2011

Seperti yang kita sedia maklumat, PM semalam telah mengumumkan pemberian bonus kepada kakitangan awam dan pesara. Pemberian itu melibatkan setengah bulan gaji atau minimum RM500.

p/s : Gunalah sebaik mungkin pemberian ini dan jangan bazirkan kepada perkara yang tidak berfaedah.

P/s/s: simpanlah 10% daripada bonus itu ditempat yang mendatangkan pulangan baik.

sumber: [disini]

Web Browser Untuk Pelajar Khas

Kali ini kita akan berkenalan dengan web browser bagi kegunaan pelajar khas khususnya pelajar autism dan autism spectrum disorders termasuk Asperger syndrome, pervasive developmental disorders (PDD) dan PDD-NOS.

Web browser yang ada dipasaran kebanyakkan tidak mesra OKU dibangunkan hanya untuk golongan tipikal sahaja. Kini terdapat web browser yang dikhususkan kepada kanak-kanak autism iaitu ZAC Browser – Zone for Autistic Children. Ibubapa dan guru-guru pendidikan khas boleh menggunakan kemudahan ini bagi mendedahkan internet kepada kanak-kanak autism dan menjadi BBM kepada guru-guru pendidikan khas(bermasalah pembelajaran).

ZAC Browser – Zone for Autistic Children boleh di muat turun [disini]