Pengalaman Menggunakan Blog

Kemudahan menggunakan blog merupakan satu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan. Walaupun tidak mengetahuai bahasa html kita masih mampu mencipta sebuah laman peribadi yang boleh dijadikan penghubung antara kita dengan dunia luar. Kalau kita renungkan semula pada sepuluh tahun yang lepas kita tentu tidak mampu mempunyai sebuah laman sendiri yang pada ketika itu hanya dipunyai oleh mereka yang tahu didalam bahasa pengaturcaraan komputer, html dan sebagainya.

Kini sesiapa saja boleh mempunyai laman blog sendiri asalkan mereka tahu menulis dan membaca. Tidak kira mereka itu dari daerah mana, orang kecil atau orang besar, orang miskin atau kaya mereka dapat mendaftar dan seterusnya menggunakan blog tersebut. Bagi saya yang naif tentang teknologi ini bersyukur kerana setidak-tidaknya saya ada tempat untuk berkongsi pengalaman mengenai apa saja yang dirasakan perlu dengan anda semua.

Pergunakanlah kemudahan ini kejalan yang diredai oleh yang ESA. Jangan menggunakan kemudahan ini bagi menyebarkan sesuatu yang menyalahi undang-undang negara. Ingatlah setiap  perkara yang kita sampaikan akan dibaca dan ditafsirkan mengikut pendapat yang pelbagai. Jadi berhati-hatilah apabila kita ‘memblog’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s