Program Guru Siswazah Percuma

Sebanyak 15,000 guru sekolah rendah berpeluang mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGRS) bertujuan meningkatkan kelulusan akademik mereka mulai tahun ini.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, PGRS yang akan ditawarkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh negara selama lima tahun mulai 17 November 2008 hingga 2012 akan menyediakan program pensiswazahan secara percuma kepada guru yang mengikuti program itu.

Menurutnya, program yang melibatkan tempoh pengajian selama empat tahun itu akan diadakan semasa musim cuti persekolahan dengan unjuran pengambilan seramai 3,000 orang guru setiap tahun.

”PGRS merupakan antara program baru yang dirancang dalam usaha mencapai sasaran 50 peratus daripada kira-kira 140,000 guru sekolah rendah di seluruh negara terdiri daripada golongan siswazah menjelang 2010,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Guru Besar Malaysia ke-14 di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, PGRS akan melibatkan penawaran pelbagai mata pelajaran dan para peserta program akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Rendah) selepas tamat pengajian.

Beliau memberitahu, setakat ini maklum balas yang diterima daripada para guru sekolah rendah terhadap PGRS amat baik dan menggalakkan.

”Iklan mengenai program ini disiarkan pada 15 Julai lalu menerusi akhbar tempatan dan permohonan juga dibuka secara dalam talian dan maklum balas yang diterima amat baik.

”Kementerian Pelajaran mungkin meningkatkan peruntukan dalam melaksanakan program ini berdasarkan maklum balas yang diterima,” ujarnya.

Beliau berkata, selain PGRS terdapat beberapa program lain yang diadakan bagi meningkatkan tahap kelulusan guru sekolah rendah seperti program kerjasama dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dan universiti-universiti tempatan lain.

Sumber asal, sila klik disini

Powered by Qumana

3 responses to “Program Guru Siswazah Percuma

  1. Winston Anak Asaul

    Bilakah permohonan Program Guru Siswazah Percuma akan dibuka untuk tahun ini dan apakah syarat-syarat permohonannya?

  2. Winston Anak Asaul

    Bilakah permohonan dibuka pada tahun ini bagi Program Guru Siswazah Percuma?

  3. Saudara boleh ke laman web Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s